Membuat Bunga Dari Kawat Bulu (Softskills)

7 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Mac 2024 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah mengadakan kelas softskills iaitu membuat bunga dari kawat bulu. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 2 orang murid Sk Batang Maro. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran dan kreativiti peserta. Hal ini dikatakan demikian kerana softskills adalah kemampuan setiap orang untuk menyelesaikan masalah.

Contohnya, bekerjasama dalam melakukan sesuatu tugasan yang ditetapkan. Para peserta bekerjasama untuk menghasilkan bunga dan saling mengajar antara satu sama lain. Seterusnya, softskills secara tidak langsung dapat mendorong individu bersikap professional dalam membuat sesuatu perkara. Dengan adanya aktiviti seperti berikut, mereka dapat menghasilkan bunga lili yang cantik dan kemas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali